Wednesday, October 20, 2010

asmara

Asmara, sama tapi tidak serupa. Andai boleh kau fahami, andai dapat kau mengerti. Agar ada kesempatan untuk aku menyatakan, agar kuat untuk kita menempuh. Membina awan untuk ditunggang. Membuat kota yang penuh peradaban. Mencipta teratak yang mana berbumbungkan cinta dan tiang serinya agama. Dihiasi tawa si kembar yang selalu bersama. Mengejar dan asyik bertanya. Bertanya tentang dunia, agama dan Tuhan yang Esa. Pernah kita impikan untuk mendayung kolek kehidupan walau dilanda badai dan taufan.

Belumpun siap bedar yang ku bina, lalu ku minta kau berada menemani ku. Datang mereka, mengambil mu, lalu kau seperti merelakan kerana mereka menjanjikan hidup yang lebih sempurna. Mungkin mereka berbekalkan dengan tongkan yang penuh kebahagian manakala aku pula punya kolek yang bocor dan terbuang. Aku tak mampu untuk menghalang, kerana kau berhak mendapat bahagia mu, kerana kau dah terlalu lama menunggu, untuk aku membina bedar belayar bersama.

Aku tidak mampu untuk menyata, untuk mengertikan mu. Dan kau tidak sabar menunggu dan kita hilang apa yang mahu. Kini kau bahagia, tiada dendam bagi ku walau terluka. Hanya mampu tersenyum untuk terus menipu diri ku dan berharat kau dapat apa yang kau mahu.

Tunggu! Aku tetap akan terus menunggu!andai kau ingin kembali mendayung kolek bersama ku.

No comments:

Post a Comment