Thursday, October 14, 2010

hanya itu...

Putaran hidup sentiasa berterusan,dan perlahan-lahan aku cuba meneruskan hidup yang telah ku anggap sebagai sisa. Udara pagi tidak lagi senyaman dulu. Perit mentari siang semacam membakar sehingga ke akar hidup. Bayu petang tidak semesra hari itu. Setiap hari aku hidup dalam kepura-puraan dan tidak menjadi diri aku yang sebenarnya. Aku sedar aku hidup dalam bayang-bayang dan mengejar sekeping hati yang telah lama aku hilang. Tidak mungkin aku akan mendapat kembali merpati yang telah terlepas kerana cintanya umpama buih-buih di pantai yang datang dan hilang bersama ombak.yang sementara dan kemudianya menjadi makanan kepada si belanak yang menghuni pantai bila musimnya.
Namun, apa daya ku? Telah ku cuba tapi tidak terdaya. Aku sudah hilang segala yang ku punya. Bukan merintih dan bukan tidak bersyukur. Tapi terasa tidak mampu lagi untuk berlakon bahawa aku bahagia dan menyakiti hati yang sentiasa ada. Hendak melafazkan bukanya mudah dan hendak meneruskan akan menjadi sesal yang tidak sudah.
Semoga Tuhan memberikan aku jalan, agar tenang bila aku berdepan denganNYA, untuk menjawab setiap tanggungjawab. Ya ALLAH, berikan aku kekuatan dan andai rindu itu tidak lagi berzikir, bawalah aku berjumpa denganMU...kerana aku ingin merinduiMU...

No comments:

Post a Comment