Thursday, September 30, 2010

mana aku?

aku hilang dalam dunia aku sendiri...
mana aku?
mana?
terus cari jalan pulang yang tak pernah jumpa.
seringkali tidak menjadi diri aku yang sebenar.
aku hanya ingin sendiri,aku hilang semuanya, dan tak ingin orang lain hilang seperti ku...
tak ingin mereka atau dia sakit seperti aku sebab aku tak mampu nak beri apa yang dia mahu.
kita sudah dewasa, tidak perlu berteka-teki...kita faham semunya.
dan aku tak mahu mencuba sebab akan ada yang merana.
cukuplah sekadar apa yang aku rasa. letakkan noktah di situ!

Tuesday, September 28, 2010

nasi berlauk

asap teh panas berkepul-kepul mengasak dari mulut cawan. teh aitu tersa pahit. dua sudu gula di ceduk agar memaniskan dan menghilangkan pahit hati yang berkecamuk. sehirup teh ditemani pula suapan nasi berlauk ayam gulai. hidangan sinonim kala pagi orang negeri serendah sekebun bunga. asap rokok membentuk racun awan memenuhi legar bumbung. hilai tawa,cerita kedai merpati dikongsi. aku tenggelam, hanyut...tapi masih bernafas dengan sisa nyawa yang ada.

Tuesday, September 21, 2010

pulut dan kopi

pulut disaluti kelapa parut, bertemankan ikan rebus goreng, ikan sardin atau biasa aku panggil ikan selayang selalunya. bersama juga secangkir kopi hitam yang hangat...menemani aku sambil aku merindu!

Sunday, September 19, 2010

5 abjad

Cinta? Sudah lama aku tidak berbicara tentang cinta dan ada yang menganggap hati aku ini sekeras batu kerikil yang menghiasi tepi jalan, menjadi asas kepada lebuhraya sebetulnya, dan oleh sebab itulah ia keras dan degil dan tak mampu menerima cinta lain selain cinta yang pernah bertapak,berakar dan mekar serta layu di dalam hati ini.

Bukan senang untuk bercinta, mencintai dan dicintai...bukan semudah dengan hanya melafazkan dan jauh sekali untuk menzahirkan. Cinta adalah anugerah ALLAH yang mengisi hati,jantung dan menjadi penawar serta racun.

Apa yang aku bicarakan di sini adalah cinta sesama insan, antara manusia. Aku beranggapan bahawa cinta antara manusia itu akan lahir setelah kita mencintai ALLAH, dan dengan itu, akan lahir cinta luhur yang mengikat dua jiwa.

Usia remaja makin meninggalkan aku dan dewasa makin menjenguk. Perasaan cinta itu mula dapat ku kawal agar ia tidak rakus, tidak membinasakan jiwa serta raga yang pernah rapuh bila berhadapan dengan cinta. Semua yang berlaku mematangkan dan mendewasakan.

Ingin aku khabarkan kepada dunia, bahawa bersatu atau tidak, cinta tiada akhiran, ia mendatangkan dua rasa, suka atau duka. Dan setelah itu, semua bergantung kepada kita, hamba yang dikurnia akal serta nafsu, dibekalkan dengan al-quran serta hadis dari kekasih-NYA yang sengaja diutus untuk menunjukkan jalan kepada kita yang pernah buta.

Tamakkah aku?degilkan aku?

Pernah dulu aku impikan untuk miliki dunia, ingin aku jadikan ia sebagai sebahagian hidupku bagi aku cukupkan diri yang serba kekurangan. Mempersoalkan Tuhan apabila Dia menjauhkan aku daripada duniaku, daripada bahagiaku...dan kerana degilnya aku, tak mahu melepaskan ia dan aku hidup dalam bayang-bayangnya.
Telah diadakan untukku satu kayu yang bengkok untuk aku luruskan, tetapi aku tetap berkejar dengan batu yang telah dibaling jauh dariku, dengan gunung yang telah pandai menari dan berlari...dengan pohon yang telah aku bentuk dan aku cantas menjadi sebahagian hidupku. telah aku letakkan jiwaku di pohon rendang itu agar dapat aku nikmati buah bersama dan bahagia selamanya di samping aku cuba untuk meluruskan kayu bengkok yang telah di amanahkan...tamakkah aku untuk miliki semuanya? Pohon yang rendang yang aku bentuk dan kayu yang bengkok yang di anugerahkan?

Cinta sebenar...

Cinta sebenar adalah cinta yang suci, yang tulus, yang mulus...yang selalu memberi walaupun sedikit menerima. Yang sentiasa mengharapkan cinta hati bahagia walaupun diri sendiri kadang-kadang terluka. Pernah aku mengukapkan, tidak pernah wujud cinta sejati, melainkan satu, untukNYA...namun berlandaskan kepada cintaNYA, akan lahir cinta luhur yang mengikat dua jiwa. Lalu kerana itu, aku ingin laungkan kepada dunia, cinta dariNYAlah yang perlu kita harapkan. Kerana berlandaskan kepada cintaNYA itu, pasti akan wujud cinta suci yang sebenar sesama insan. Aku selalu mempersoalkan, kenapa apa yang selalu aku nak, itu yang aku takkan dapat? Lalu aku dijawab...Mungkin apa yang engkau suka itu tidak semestinya yang terbaik untuk kamu, dan apa yang engkau tidak suka itu, mungkin perkara yang terbaik yang berlaku dalam hidup mu...lalu aku putuskan, ALLAH berkerja dengan cara yang kita tidak pernah tahu...dan aku memujuk diri...aku memberitahu diri sendiri...apabila kita menyukai sesuatu, tidak bererti itu adalah yang terbaik untuk kita, dan apabila kita membenci sesuatu, barangkali itu adalah keputusan yang terbaik yang ALLAH rancangkan untuk kita...tapi kadang-kadang aku tewas dengan desakan hati. Maka aku berkata kepada hati...ALLAH menunda nikmat yang DIA ingin berikan kepada kita kepada sesuatu masa yang lebih sesuai...

Wednesday, September 1, 2010

entah

sudah terlalu lama aku tertidur, dalam tidurku aku bermimpi, sedang menunggang kuda hitam yang peluhnya darah. kananku terpacak pedang bersinar dihiasi permata merah,hijau,putih,biru dan bermandikan darah...kiriku berkibar panji-panji yang gagah...warna kesukaan di syurga. aku memacu kuda hitamku...laju....laju...dan laju!
aduh...mata panah bersegitiga menusuk dada, tepat di sisi jantung. aku terjatuh, mengerang semahunya. cuba bangkit, memacak panji-panji. patahkan bilah mata panah dan biarkan matanya berkubur di dalam dada. menungkat menggunakan pedang, aku berlari, kudaku menurut.
aku ditembak...rebah...dadaku robek, berturai isinya...jantungku mengepam darah membuak...ku tekan tapi tidak berdaya...aku pejamkan mata. memegang hulu panji dan mata pedang...mata aku pejamkan!