A few days ago, i felt very different and that feeling still
hunting me until now. To be honest, i felt this weirdness from few months ago. The feeling
of emptiness, lonely and it’s so complicated and i wonder and ask myself, am i dying?
Or
something bad happened to me? What i’m after? I try lots of things to get rid
of this feeling. Try to keep myself busy, not to think about death but at the
end, a meet a dead road. The feeling
still beneath my head and pounding my heart so hard! I’m afraid for sure. i am afraid of death, afraid for life that waiting
for me after this. Praise to ALLAH, for HIM give the chance for me to breathe
HIS air but i always pray for HIM, for giving me more times in this HIS very
world. And now, i’m still searching for cause the feeling that hunting me. I don’t
want to feel this feeling again, it’s cold, and it’s full of emptiness and so
lonely even for what I have. Ya ALLAH, i’m so need YOUR guidance... amen.
Sunday, December 30, 2012
Thursday, December 27, 2012
renovations almost finish!
renovations rumah dah hampir siap...errr, tak sangat sbb lampu, kipas still use the regular one.just dah ada yang basic. sekarang tinggal awning and kitchen cabinet jer lagi. maybe bulan 2 ni siap. sekarang tukang tak boleh wat keje coz hujan.huh! tapi dah boleh duduk kot and by the end of next feb, i think dah boleh bagi orang sewa utk guest house. tanah pulak dah jual lg dua lot, so lot 4,5,3, dan 6 dah sold.just tinggal lot 1 dan 2 not to mention lot 1 agak expensive coz corner lot.
Friday, December 14, 2012
tanah, half way...
dah settle draf plan, wait for the first payment then terus sambung pecah lot and tukar status.dah terjual dua lot, tunggu keputusan yang booking dua lot untuk pilih lot mane yang berkenan dan masih tinggal lagi dua lot.
Tuesday, December 4, 2012
uruskan rumah dan juga tanah.
terlalu sibuk dengan tugasan kerja bertambah apabila aku perlu juga menguruskan urusan tanah yang sedang dinaik taraf. mujur ada ayah yang membantu. harapnya selepas ini segala urusan tanah dengan pejabat tanah tidak akan timbul sebarang masalah. tidak terhenti disitu, aku juga perlu menguruskan hal pembelian dan renovation rumah yang hampir siap, cuma tinggal kemasan atau finishing touch sahaja lagi. ini membuatkan kakak gembira, tapi semuanya jauh dari sempurna, hanya yang ringkas dan asas sahaja dulu aku bereskan. tanah sudah terjual sebanyak dua lot, namum bayaran masih belum aku terima, dan baki 4 lot, akan aku jual jika kena dengan harga, untuk aku buat modal pusingan atau aku simpan saja bagi pelaburan masa depan.
Thursday, November 15, 2012
Burung sita dan ayam-ayam vol.II
Terlebih dahulu aku kemaskan semak-semak yang akan digunakan
untuk memasang bubu nanti. Ironi, kemaskan semak-namun itulah perkara pertama
yang perlu dibereskan. Tebas pokok-pokok renek yang boleh menganggu burung sita
nanti. Dihujung semak telah siap bubu yang akan dipasang. Pasang bubu bukan
mudah dan aku sendiri pun tak pandai. Ayah sendiri yang akan pasang bubu nanti.
Malam tu, aku pasang rakaman bunyi burung guna tape! Tak lagi guna buluh siul. Zaman
dah moden, pasang tape dan tinggal. Dulu, siap kene usik dengan hantu masa guna
buluh siul kata ayah dan kene berjaga malam. Sekarang mudah, play and leave. Esoknya
pagi-pagi aku dah bersiap. Dengan kayu untuk membedal semak samun. Kami bermula
dari hujung semak menuju kea rah bubu. Agar burung sita yang turun semalam yang
tertipu dengan tape rakaman suara burung akan lari dan terus menuju kea rah bubu.
Namun perlu bersedia agar burung yang culas akan dapat ditangkap terus. Usaha kami berhasil, 15 ekor burung bermata
merah, berkaki merah dan berbulu perang dan hitam yang sama saiz dengan burung
puyuh Berjaya kami tangkap.
Pukat burung yang panjang 100 meter terhampar. Dah siap kene
kelawar lagi! Malam makin kelam. Tape sekali lagi aku guna! Nak guna buluh
siul, takut-takut burung yang dipanggil, kelawar yang datang. Tak pandai punya
pasal. Burung ayam-ayam ni rumit. Perlu guna pukat-perlu guna loceng dan perlu
tunggu! Jam 2 pagi, loceng hujung berbunyi. Aku bergegas dan seekor ayan-ayam
sedang mengelupar di dalam pukat. Aku pegang muncung! Ayam-ayam ni mengigit. Silap
haribulan, mata yang jadi sasaran. Boleh buta jawabnya. Rutin malam tu
berlarutan ke subuh dan 5 ekor ayam-ayam yang Berjaya ditanggkap. Mengapa dipanggil
ayam-ayam? Burung ayam-ayam jantan ada balung seperti ayam! Aku membonceng mota
bersama ayah dan senapang di belakang. Ini pengalaman pertama menembak
ayak-ayam, selalunya aku hanya menembak tupai. Adik aku sudah bersedia dihujung
sawah. Dan bila dia memukul pujuk padi, seekor ayam-ayam terbang lari. Aku yang
telah bersedia terus meng aim burung tadi dan “bang” burung tu jatuh! Tak mati
sebab kene sipi-sipi. Nasib baik kene, kalau tak malu dibuatnya! Ayam-ayam,
burung kawalan, memburu, menagkap adalah salah jadi kene barhati-hati dengan
perhilitan. Kami meneruskan aktiviti menembak dan banyak yang terlepas daripada
yang terkena. Hanya 2 ekor dan aku cukup puas!
Wednesday, November 14, 2012
malam ini sunyi sekali
Duduk di pakir, merenung bulan dan mengintai bintang,
diganggu oleh kereta yang lalu lalang. Tiada hilai tawa, tiada apa yang
kedengaran. Kosong dan sunyi. Terlalu yang amat. Tidak dapat lari dan tidak
pula dapat bersembunyi. Harus dan wajid aku tatap dan perlu aku lalui. Andai
ada sedikit rasa yang boleh ubah segala dan berdaya member makna, pasti aku
kutip cebisan-cebisan yang tertinggal untuk aku cantum dan persembahkan semula.
Malam ini sunyi sekali.
Friday, November 9, 2012
road not taken?
nah...this is not the road not taken, but where the times is pass by and yet so busy with stuff that not even an important one. if the is some stuff. eaten by time makes me wonder and wondered...it is the path that i choose or the path that been chose for me? is this what i really want or this is that they want? still thinking of road that i not taken, maybe full with bushes and the trail been flush away by yellow leafs. if only i took the another path, what will i face? to be true, it all long gone and i must face this path what so ever i like it nor it! but hows and whys with this emptiness? what i gonna do and what to do? hows to face and hows to solves? buried in the sun and taste the hot air, i am thinking!
Thursday, November 1, 2012
love me...hate me!
sit on my chair, in my office and feel the air cons blow it's cool air, and watching the fan dancing on the ceiling at late of the day, waiting time to pass and not knowing where to go or what to do since i have nothing...nothing at all even the last piece of my bloody heart!
Monday, October 29, 2012
Bally shoes and boss orange
A pair of brown bally shoes and a bottle of boss orange are
to pleasure myself after been thru 27 years of chameleon of life. The bitter
sweet that i taste of course cannot be replace by the shoes and perfume, but at
least it was affords for me to please my own self. Gifts to myself to be
honest. But, to be honest, it cannot be compared to mesmerize nor wilderness
that i ever owned. The gift that been
borrowed to me for a short period of time but still thee are too deep for me to
lose thow.
3 ekor yang memenatkan...
Setelas selesai menjamah sedikit ketupat, setelah pulang
dari masjid, aku bergegas ke padang. Tempat yang biasa seperti tahun-tahun
sudah. Ayah telah menunggu. Yang pertama dijerat dan ditambat. Terus direbahkan
bila cukup tujuh yang datang. Aku memegang kepala. Berbeza dari tahun sudah
yang hanya memegang tali. Terus, golok dihunus dengan nama ALLAH, mengalir laju
dan hangat pada tangan. Yang kedua telah bersedia. Lebih besar dan garang. Tapi
bila terkena tali jerat di kaki kanan dan ditarik ke kiri, terus ia rebah
menyembah kiblat. Sekali lagi kepala aku tegakkan. Halkum aku rapikan, utuk
mudah ayah bereskan. Setelah selesai tasbih, golok dimajukan. Tinngal yang
terakhir dan kali ini aku perlu berniat. Warna batang nibong, warna yang cukup
asyik dan cantik. Tidak heran ayah menyimpan yang terakhir ini untuk aku. Sama
seperti yang terdahulu, ia redha dimata golok untuk dipersembahkan pada yang
Esa. “yang ini kau lapah!” itu arah ayah. Bermula dari kaki belakang sebelah
kanan, aku hiris belulang pada gegalang kaki, terus aku majukan mata golok
kearah kelangkang. Aku lapah dan kupas, sejam sebelum semua selesai. Melecet di
tangan kanan tidak aku hiraukan. Hanyan berhenti setelah semua beres. Dan malam
nanti aku akan lena dipeluk keletihan...
Subscribe to:
Posts (Atom)