Wednesday, November 13, 2013
not finish yet
terlalu lama untuk aku menulis kali ini, banyak yang cuba disampaikan namun, bila ayat bermain di otak, jari baru mula nk bergerak...dan semua benda yang ingin ditulis hilang entah kemana..selalu terjadi, amat selalu sebenarnya...sampai masa, aku berhenti. tp sebenarnya hati meraung untuk meneruskan lagi
Sunday, October 20, 2013
ohh..no, i can't
satu bahagian zink di atas bumbung tercabut dan melekat dek angin yang tak lagi sepoi-sepoi 2 minggu lepas. berkeriuk bunyinya bila kepingan zink bergerak. aku merenung, berfikir, cara bagaimana untuk aku baiki. angkat tangga, naik tingkat atas, aku panjat, buka siling, hmm..tak nampak cahaya masuk, tak ada bocor. aku turun, tak berani lagi. semalam, seorang tukang tua datang setelah aku telefon paginya. bawa bersama tukul sahaja. dia dongak, dia panjat...tak boleh ni, kena panjat bumbung jugak ni. dia angkat tangga tadi dan bawak turun. panjat bunbung di tingkat atas. sayup-sayup aku tengok..oh, i can't do that. dia betol-betol kat bumbung dan aku dengar ketukan paku yang dia minta dari aku. setelah selesai, perlahan dia turun dan minta aku pegangkan tangga. aku tawarkan kopi dan kueh. dia hirup perlahan-lahan dan aku tanya, berapa upahnya. tak perlulah, sikit saja tu, nanti bagi lain kali. kemudian aku berkeras juga, berapa? dan terkeluar dari mulutnya, sepuluh ringgit...aku terkedu, panjat bumbung rumah dua tingkat...aku ambil duit di dalam poket dan terus hulur kepada tukang tua, dia terkejut dan tak mahu terima...aku berkeras, lain kali kalau saya panggil, pakcik datang lagi. masakan panjat setinggi itu mahu bayaran 10 ringgit. itu hidup atau mati, itu bertarung dengan nyawa dan aku mengaku, aku tak mampu!
Tuesday, October 8, 2013
melancholia
ingin bercerita namun hilang kata-kata. buat pertama kalinya aku tak mampu berbicara. ibarat terdampar tidak bergerak. cuba merangkak namun tersekat. ingin luahkan namun halkum bersembunyi, tercekik dan mengecil. jari-jari merengok lemah.kepala bagai berpusing dan hilang arah. oksigen tak mampu memberi nafas kepada otak dan terus membeku dan membiru. mati dalam diam dan perlahan...sakit namun terpaksa rasa setiap detik.
Wednesday, October 2, 2013
salah anggap
seringkali bila aku menulis, tidak semestinya aku tujukan kepada sesiapa. hanya satu luahan rasa yang sengaja direka untuk satu kepuasan estetik yang aku reka sendiri. namun, mengapa ia mengundang resah dan rasa kepada sesetengah orang dan merasa akan aku menulis kerna dia? sedangkan aku tidak ada perasaan apa-apa...sedih, suka, duka dan luka mahupun cinta. benar, aku menulis bila terbitnya rasa...rasa ingin menulis dan sedikit rasa yang sengaja aku cipta...bukan soal kamu, dia, atau sesiapa. hanya aku dan diri aku. aku penulisnya, dan aku juga personanya kerna tiada kamu, tiada juga dia dan tiada sesiapa. aku penulis di atas layar aku sendiri, aku juga pengarahnya dan aku pelakonya. jadi, padamkan rasa itu, hilangkan dan biarkan aku bebas untuk menulis tentang AKU...
Sunday, September 22, 2013
tanpa sesiapa
kadang jari memetik key tanpa rasa, tanpa arah selalunya. hanya idea bercambah seiring apa yang ingin terluah. tanpa erti dan tanpa tujuan khusus kepada sesiapa. imaginasi sepenuhnya. dan imaginasi itu tidak perlu kepada pengalaman atau rasa atau tujuan. hanya imaginasi, luahan rasa tanpa rasa. tanpa syarat, hanya bicara. tidak perlu kita terperiuk dan terperuk, tengelam dan selepas itu gundah. menulis hanya menulis, hanya untuk nilai dan kepuasan hati, ya, kadang terbit dari hati, tapi kadang hanya luahan yang direka tanpa untuk sesiapa.
Thursday, September 19, 2013
mimpi akan diri mu...lagi?
semalam aku bermimpi, mimpi tentang kamu, mimpi tentang kita...bersama namun keliru. aku yang keliru. adakah itu benar, atau igauwan semata. ingin aku cerita namun tidak terluah. ingin aku lipurkan namun diri takut akan lara. ingin? sekadar ingin? ya, itulah persoalanya, aku hanya berani untuk ingin, namun bergerak ke depan, aku seperti hilang kekuatan. kemana kekuatan hilang? ia lenyap bersama ketika aku tengelam di lautan. bukan laut cina selatan tentunya. tapi lautan perasaan dan gelora aku sendiri...yang mana hanya aku sahaja boleh mencari. sekali lagi, aku ingin mencari tetapi tidak berani...
Tuesday, September 17, 2013
memorial untuk abang
Aku cuba menulis, menulis tentang suka, tentang jiwa yang
tenteram, yang tenang, namun perasaan ini hampa. Tidak dapat membendung
kesedihan yang menimpa. Kehilangannya begitu terasa. Amat membebankan. Amat
berat untuk aku lihat, apatah lagi anak-anak serta isterinya yang menanggung.
Abang yang dahulunya bersama kini dipanggil Tuhan untuk menemani ibu disana.
Dia masih muda, namun ALLAH lebih sayangkannya. Kehilangannya dengan tiba-tiba
amat terkesan. Ada janji yang kami ingin laksana namun tidak dapat ditunaikan.
Untuk anak-anak saudara yang masih kecil, akan ku cuba bantu yang termampu.
Dulu, ayah mu yang payungi aku, menitis peluhnya bersama tangisan ibu. Kuat
semangatnya mendewasan aku. Kini tiba masa untuk aku membantu, mencurahkan
segala yang aku mampu. Kuatkan semangat mu, agar dia tenang selalu. Jangan kau
risau kerna akan aku ada selalu, seperti ayah mu ada untuk aku dulu.
Thursday, September 5, 2013
dingin
bersandar di beranda, pukulan angin menerpa muka. menghirup sisa-sisa debu jalan yang masih terbang leka. aku juga leka, leka mengira bintang dan mengintai bulan sabit yang semakin malu sembunyi. malam ini dingin sekali. malam ini kosong, lohong dan tidak berisi.bunyi cengkerik seakan menyanyi, cahaya kunang-kunang sedikit memberi seri.
Tuesday, September 3, 2013
Dreams of u
I’ve dreamed of you, dreamed of us,
It was so true, I wonder if it will last.
I walked my path, but it was twisted,
It was wrapped with the wrath, the memories that I not ever
wanted.
Dreamed of you, i just watched,
Missing you, i am not just ignored.
Losing you, i am heartless,
Hope of having you, i am breathless.
Touching you, i am not with bless,
Smiling at you, it is all that i have.
Loving you, it was the deepest part of my life,
It just you, for thee i would surrender all that i ever
have...
Tuesday, August 27, 2013
bahagia bukan mudah
berlajalan kedepan, mata memandang...tapi bukan dibawah, pada keadaan sebenarnya. tiba-tiba aku terjatuh, sakit, bengkak. seperti tidak mampu untuk bermula semula, apatahlagi untuk berlari. aku kuatkan, aku gagahi. aku beranikan diri. walau aku tahu aku tidak lagi mampu berlari. tidak pada waktu terdekat ini. bukan, bukan pada waktu ini. kadang senyum, kadang suram, kadang tenang, kadang gelora. semua bercampur dan diadukkan pada tunas rasa. mencari bahagia tidak mudah, bukan mudah.
Thursday, August 8, 2013
tasteless...emotionless
feeling empty, taste nothing. rotten inside with this tasteless and emotionless. unknown the reason, can't find the why and hows. lost the taste in the air. full yet empty, move yet stay. nothing! nothing in my mind. not even a word cross in it. so many to say but not any make a sound. took a deep breath but not feeling alive. nothing wrong but everything are wrongs. full of sound but quiet. walking but not moving. i wish to know why and how to deal, but i lost... i lost.
Tuesday, July 30, 2013
Antara ingin dan tak mampu
Antara ingin dan tak mampu, aku tersepit dan aku jadi
pengecut. ya, aku pengecut kerana aku cinta kamu tetapi aku tak mampu untuk
memiliki kamu serta untuk meninggalkan dosa semalam. Aku dibakar rasa rindu
namun lemas dalam rasa takut. Terlalu rindu sehingga kadang-kadang mengalir air
mata tampa diduga. Lemas dalam rasa takut apabila sering terbayang kita hidup
bersama namun tidak bahagia. Alasanya hanya noda hitam yang tercalit pada diri
pasti menjadi ungkitan apabila berselisih faham. Nah, itu sebenarnya. Maafkan diri ini kerana menjadi begitu
pengecut. Kau putih ibarat kapas, tak sanggup untuk aku kotorkan dengan dengan
tangan yang tercalit hitam. Kau mulia sedangkan aku hina. Walau sebesar mana
impian, walau sekuat mana keinginan, namun ia tak mampu melupuskan rasa takut
yang aku alami. Tidak mampu melenyapkan rasa bersalah serta bayangan yang kita
pasti akan berbalah dan hal ini pati akan diendah, diungkit dan berbangkit. Maafkan
aku kerana aku ingin tetapi aku tidak mampu...
Tuesday, July 23, 2013
Bingkisan ini untukmu...ya kamu.
Andai tersalah dalam pertuturan, andai terkhilaf dalam
perbuatan,jika benar itu aku lakukan, maafkanlah kerna aku tidak sempurna.
Melukai dalam tidak sedar, meghiris hati dalam aku meyendiri, sebenarnya banyak
yang ingin aku bicarakan. Terbentang yang ingin aku luahkan namun aku risau,
aku takot, nanti aku lagi banyak melukai daripada mengubati. Diri sendiri masih
tidak terjaga dan penuh noda serta dosa, aku tak mampu untuk terus berbicara
tentang kita. Mungkin juga untuk menjelaskan apa yang berlaku dan menafikan
andai ada tuduhan palsu yang sampai ke telinga mu yang mana kamu tidak
menyaksikan sendiri perkara itu.ah, terlalu sukar untuk dijelaskan dan
dipertuturkan. Sebenarnya aku tersepit, diantara tanggungjawab dan kehendak,
diantara mencintai dan memiliki atau dimiliki. Kehendak dan tanggungjawab
berada dalam ruang yang sama, saling menolak dan tidak serasi. Namun sedikit
kata hati membenarkan bahawa tanggungjawab itu perlu diperhalusi. Kehendak itu seakan nafsu
kata hati...perlu dikorbankan untuk insan lain yang lebih memerlukan walau kita
sendiri terkorban. Lagipun kita ini milik Tuhan yang Esa. Kita hanya pelakon
dan nyawa ini, roh ini dan tubuh ini hanya pinjaman.maka berbaktilah kepada
mereka...mereka yang meminta dan amat memerlukan. Bukan kamu tidak memerlukan
tapi insan lain lagi kesuntukkan. Selalu aku bicarakan mencintai tidak
bermaksud memiliki, dan itu sememangnya aku maksudkan kerana aku tahu bagaimana
rasa pahit mencintai itu, bagaimana rasa pedih tidak dapat memiliki kamu. Aku
selalu memujuk diri...Allah bekerja dengan cara yang tidak pernah kita
tahu.noktah. sehingga saat ini sebenarnya, kehilangan dan keterpaksaan aku
lepaskan kamu amat perit untuk aku telan. Tidak terdaya dan tidak tertanggung
rasa jasad dan kalbu namun perlu aku gagahkan walau aku terkulai di dalam. Ya,
sebetulnya aku tidak mampu, setiap senyuman dan gelak tawa yang aku lemparkan
dihiasi oleh titisan air mata yang amat mahal tika malam. Seandainya kamu
mengerti dan mengetahui. Dengarkanlah, aku mencintaimu sepenuh hati namun untuk
aku memiliki mu itu sesuatu yang amat jauh, seperti mengapai bintang di langit,
kerna cinta ini tidak layak untuk kamu, cinta ini penuh noda dan dosa silam
yang tidak mungkin dapat aku hapus, dapat aku tebus kerna kau lebih layak
mendapat yang lebih baik dari itu. Lebih baik dari aku sebetulnya dan
sejujurnya. Agar kamu bertemu bahagia, aku sanggup telan setiap derita. Aku
lepaskan rasa hati, aku lepaskan kau pergi, aku lepaskan semua, aku lepaskan
agar kau bahagia.
Monday, July 15, 2013
sweetness of bitter.
having iftar, looking at the food, my heart melting. how i miss her, how much i miss her!her love, her care, everything about her are playing like a movie in my head, when suddenly it stop just like that. i can't recall the last time i have meal from her but still i can taste the sweetness of her food, of her love. a mother touche is everything, in anything...for something. now it's gone for good. not much that i can give her but my pray for her to rest in peace...some reward from my prayer i dedicater specially for her...true love, a mother's love...
how i miss her...in memory of al-hajjah halimah...wan halimah.
how i miss her...in memory of al-hajjah halimah...wan halimah.
Saturday, July 13, 2013
MENGETUK PINTU KATARSIS (mereguk kemanisan Islam)
nafas Islami yang kumesrai ketika ini adalah langit malam
yang meluruhkan butir-butir gerimis menguncupi ruang
atma tatkala dinginnya menyerakkan ketenangan memesrai
seluruh peribadi dan pintu-pintu makrifat pun terbukalah
membawa seluruh jiwaku mengenali setitis wajah-Nya yang
Maha Agung itu hingga terbakarlah segala zarah oleh cahaya
kesucian-Nya ketika kun-Nya adalah kudrat kesegalaan yang
tidak tertandingi oleh makhluk-Nya yang Dia ciptakan dengan
penuh rahman dan rahim serta Dia pinjamkan sedikit kudrat
agar tulang-temulang tegak dan sendi-sendi dapat bergerak
dengan seluruh pengabdian hanyalah kepada-Nya serta tidak
mungkin akan terlupakan perjanjian yang telah kupateri
dengan-Nya ketika jiwaku masih mengawang di alam arwah
tatkala kuakui akan ketuhanan-Nya yang tiada satu pun dapat
menyetarai-Nya dan segala-galanya pun terbuktilah bahawa
laman Islami yang kulalui ini benar-benar mewangi dengan
debunga kebahagiaan dan di sinilah gua katarsis yang
kudiami dengan penuh kemakmuran...
A. Muziru Idham,
Generasi 90
Thursday, July 11, 2013
How i miss him...
He is a father; he is a leader, an advisory, an engineer who helps
to construct my future. The lost is so great and leaves big empty space to
fill. He is a captain who left a big ship to a young skipper who knows nothing
about life. To be true, inexperience, unready first mate. He makes me his first
mate from a really green horn. He put his entire trust on this deck boy who does
know nothing. How i wish he still here, giving directions and help to navigate
this ship. How i wish you were here.
In memory:
Subscribe to:
Posts (Atom)