Thursday, July 22, 2010

Allah...bantulah aku,hambamu yang lemah.

Ku sangka ia sudah habis, namun ia tetap lagi ada. Dugaan Allah sentiasa ada. Bukan mengeluh, bukan merintih cuma perlukan ruang untuk bebaskan rasa yang sentiasa pedih. Aku telah melakukan kesilapan wahai Tuhan sekelian alam. Dan aku tersesat dari dari jalan lurusMu. Terlepas gigitan dari taliMu dan aku terjatuh, cuba bangkit namun hentaman dari mereka yang dengki dan membenci terus menujah ke dalam dada. Bukan teguran atau huluran tangan untuk membimbing kesilapan tapi pulauan dan lontoran tomohan dan fitnah yang terus dihunus lalu tergelam ke dasar lubuk hati dan terus menghiris hati yang telah lama terluka dan tidak mahu sembuh. Ya Allah, berilah aku setitis kekuatan agar mampu aku tukarkan kepada selautan kesabaran untuk terus dijalan lurusMu dan teguh dalam menghadapi dugaanMu ini. Aku sedar Kau tidak zalim, tidak akan menguji hambaMu ini dengan dugaan yang aku tidak dapat tanggung, tapi ujian ini amat berat untuk aku pikul dan aku akan terus pikul kerana aku tahu ini adalah rahmatMu kerana Kau mencintai aku dan ingin mengingatkan aku dan agar tidak terus alpa. Dan kerana ini aku tidak akan sesekali takut untuk mencintaiMu kerana aku tahu Kau wahai Tuhan yang Maha Pengasih akan terus ada dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap denyutan nadiku dan dalam setiap dengupan jantungku...Kau sentiasa ada ya ALLAH...aku amat perlukanMu.

No comments:

Post a Comment