Tuesday, July 20, 2010

tak sengaja

tak sengaja terjumpa dan terbaca...dan terus tak sangka. rupanya aku dikedua telah lama.
rupanya dia dan lelakinya telah lama bersua walaupun aku tidak tahu sama ada secara fizikal, tapi yang nyata secara maya mereka telah lama bersama, semasa aku masih lagi mengikis sisa-sisa cinta yangh masih ada.
apa yang dipinta, sebolehnya aku tidak akan hampakan, sampaikan aku sendiri tidak mengikut apa yang aku hendak, tidak dapatkan apa yang aku perlu semata agar dia dapat segala, seluruh jiwa raga dan cinta yang masih ada kerana aku ingin membuktikan betapa aku cinta, namum sungguh tidak sangka kerana mereka atau dia sebetulnya sanggup membuatka aku terkedu dengan apa yang berlaku.
aku dicaci, dihina oleh rakan-rakan, membiarkan mereka yang mengejar aku kelemasan kerana aku kejar dia kehujung dunia, untuk bersama dengan dia. aku tinggalkan segala dan aku berpegang pada setiap janji yang aku ucap kerana aku ikhlas untuk bersama. namum aku tewas akhirnya, dia sudah lama berkenalan dengan lelakinya.
dan dia menutup apa yang berlaku dengan mengatakan aku yang bersalah, hanya memberi awan yang tidak bergalah. aku buruk dan busuk dimata teman dan dia gembira dan membina keluarga bersama orang pilihanya...mana janji yang dia akan tunggu aku dan ingin pergi bersama ku andai ada sesuatu yang berlaku?
wahai lelaki, berhatilah...kerana mereka ada mata yang berkaca yang mampu membuatkan kita buta yang penuh kejam dan sengsara.walaupun bukan kesemua mereka, aku cuba bangkit, dan kau boleh pergi, tapi kembalikan maruahku, kembalikan hidupku, kembalikan rakan-rakanku...bersihkan dan sucikan kembali namaku...andai jika kau tidak ingin ketemu di sana nanti...ketika kau meniti titian abadi....bukan membenci tapi terlalu sakit ...kembalikan!

No comments:

Post a Comment