Sunday, July 11, 2010

tiada penjelasan

Langkah ku longlai, hilang semua arah. Pernah dulu kami bertengkar,gong itu satu perkataan manja. Bergaduh, mencerca, bagai satu rempah agar ia sentiasa hangat, namun semua berubah. Mendung datang walau kita sering mengharapkan sinar. Lalu aku putuskan agar kau belayar sendiri kerana aku tahu diakhir perjalanan kau nanti, kau akan ketemu sinar yang akan sentiasa mebuatkan kau hangat dah bahagia, setidaknya kau takkan tersiksa. Aku tahu aku kejam dan aku tidak ada penjelasan, tapi percayalah, kau akan bahagia...diakhirnya...

No comments:

Post a Comment