aku mahu jujur pada diri sendiri. aku ingin terusi kejujuran ini walau aku tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.
aku katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan aku, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin aku menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja aku tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun aku tidak pasti bagaimana.
No comments:
Post a Comment