Monday, July 12, 2010

mungkin sudah terlalu lama aku melupakanNYA...dan kerana itu, DIA menguji aku, agar aku tidak terus alpa. rezeki dan kesenangan yang diberiNYA membuatkan aku lupa seketika, lupa kepada mereka yang di bawah dan lupa kepada DIA dan kekasihNYA...dan kerana itu, sedikit ujian akan membuatkan aku terjaga dan kembali kepada jalanNYA...terima kasih ya ALLAH...kepada ujianMU ini. dan aku memohon kepadaMU, dengan menadah tangan hinaku ini, kuatkan semangat ku, berikan aku kekuatan dan petunjuk kepada jalan yang lurus, agar aku mampu tempuh ujianMU ini. dan kembali kepada jalan yang lurus...siratulmustakim...lindungilah aku wahai KHALID ku... selawat yang sempurna, dan salam sepenuhnya ke atas Nabi MUHAMMAD saw, dan denganya, terlerai segala ikatan , dan terlepas denganya segala kesulitan dan kesusahan, dan terlaksana denganya segala hajat dan tercapai denganya segala keinginan dan kehendak dan sebaik-baik penamat atau kesudahan dan disirami dan dengan awan yang mulia ke atas keluarganya dan para sahabatnya, pada setiap masa, dan setiap ketika, setiap hembusan nafas dan setiap denyutan nadi dan segala bilangan yang ada dalam pengetahuanNYA...

No comments:

Post a Comment